Emak Ingin Naik Haji Headline Animator

Sabtu, 5 Jun 2010

Filem Emak Ingin Naik Haji

WAJIB TONTON
 
Dibawakan khas kepada anda, Filem Emak Ingin Naik Haji. Filem dari Indonesia ini diangkat
daripada cerpen karya penulis terkenal, Asma Nadia. Filem ini telah ditanyangkan di pawagam
Indonesia hujung tahun 2009. Ternyata, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.
Justeru itu, saya membawanya ke Malaysia agar anda dapat menonton filem yang berkualiti ini.



Filem ini mengisahkan seorang ibu yang dipanggil Emak terlalu menginginkan menunaikan haji ke tanah suci. Emak yang menyara hidup dengan membuat kuih hidup dalam kemiskinan bersama seorang anak lelakinya, Reza. Hasil daripada jualan kuih, Emak telah mengumpul wang sebanyak Rp 5 juta (RM1 800). Umur Emak sudah menjangkau 61 tahun.

Dalam masa yang sama, jiran Emak seorang yang kaya telah menunaikan umrah dan haji berkali-kali. Begitu juga kelibat Joko Satriyanto yang mahu bergelar haji agar boleh memikat pengundi mengundinya sebagai wali kota.


Dalam dambaan Emak terhadap kota Mekah, cucu tunggal kesayangannya mengalami sakit kritikal yang memerlukan pembedahan. Tanpa berfikir panjang Emak mengeluarkan wang yang telah disimpannya ke bank buat menunaikan haji bagi membiayai rawatan cucu tercinta.

Ini membuatkan anaknya, Reza amat sedih dengan ujian yang menimpa mereka. Dia mencuba dengan upaya yang ada bagi membantu Emak. Hinggalah Allah pertemukan Reza dengan sesuatu yang memungkinkan Emak menjejakkan kaki ke tanah suci.


Berjayakah Emak memenuhi impian sucinya? Saksikanlah filem yang amat menyentuh hati ini. Saya mengesyorkan anda menonton filem ini kerana ia punya nilai di sisi kita sebagai seorang anak. 

TESTIMONI PENONTON





Saya jamin anda tidak akan rugi memilikinya. Oleh itu milikinya sekarang. Jadikan ia tontonan seisi keluarga.

Harga: RM39 (termasuk Pos Ekspres)


Stok terhad. Jika anda terlambat, anda perlu menunggu lebih lama. 

Hampir 200 orang pembeli telah memilikinya.

Isi borang di bawah bagi membuat tempahan.